Selamat sejahtera kepada semua, tujuan laman ini dibina adalah untuk memberi sedikit ringkasan mengenai burung kenyalang. Sarawak memilih burung kenyalang (Rhinoceros Hornbill) sebagai simbol burung rasmi negeri tersebut yang juga merupakan inspirasi jata rasmi negeri Sarawak. Burung ini melambangkan kekuatan dan keberanian. Oleh itu, negeri Sarawak terkenal sebagai Bumi Kenyalang (Land of the hornbill).
Burung Kenyalang boleh didapati di Sarawak, Sabah, Brunei, Kalimantan, Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Pulau Jawa. Burung tersebut merupakan spesies yang amat jarang dilihat dan dilindungi sepenuhnya oleh kerajaan.
Burung Kenyalang dipercayai melambangkan satu daripada Petara iaitu tuhan yang paling berkuasa menurut kaum dayak di Sarawak. Pada zaman dahulu, penduduk dayak menganggap burung Enggang Badak iaitu burung kenyalang sebagai dewa perang atau lebih dikenali sebagai Singalang Burong. Semasa perayaan hari gawai diadakan setiap awal bulan jun, burung tersebut memainkan peranan yang penting dalam perayaan keagamaan. Apabila hari perayaan atau semasa membuat persembahan, para penari akan menggunakan perhiasan seperti ala-ala bulu burung kenyalang. |
|