CIRI-CIRI
Burung Kenyalang mempunyai 95-120 sentimeter panjang manakala lebar sayap pula kira-kira 151-178 sentimeter. Burung betina adalah lebih kecil daripada burung jantan. Mata burung jantan berwarna kuning bata atau merah manakala betina berwarna keputihan. Burung tersebut memiliki bulu mata yang lebat.
Warna bulu burung ialah hitam manakala warna putih di ekor dan sayap. Majoriti paruh burung berwarna kuning dan sedikit warna putih. Paruh burung jantan adalah lebih besar dari burung betina. Secara puratanya berat seekor burung ini ialah 3 kilogram. Jangka hayat Burung Kenyalang yang liar adalah 35 hingga 40 tahun. Manakala burung yang dipelihara pula lebih tinggi jangka hayat sehingga 50 tahun. Burung ini mengeluarkan bunyi yang sangat bising kecuali musim membuat sarang.
HABITAT
Burung Kenyalang adalah arboreal dan hidup di dalam hutan hujan. Burung tersebut suka pokok yang tinggi dan besar bagi memudahkan untuk membuat sarang. Sarang burung yang sama akan
digunakan setiap tahun sekiranya tidak mengalami apa-apa masalah. Burung ini
tinggal di ketinggian 600 hingga 2000 meter dari tanah. Mereka selalunya tinggal dalam kumpulan yang
kecil sahaja. Burung ini tidak hidup berpindah-randah seperti burung yang lain. Mereka akan bergerak dalam keluasan 14.7 kilometer persegi.
PEMAKANAN
Berikut merupakan video burung jantan memberi makanan kepada anak-anaknya.
Sumber:http://www.youtube.com/watch?v=5xQR-8EVuX8
Sumber:http://www.youtube.com/watch?v=5xQR-8EVuX8