PEMBIAKAN
Burung Kenyalang sangat setia kepada pasangan masing-masing. Apabila salah seekor telah meninggal dunia, barulah akan mencari pasangan yang baru. Burung ini tinggal di atas pokok yang tinggi dan besar bagi memudahkan membuat sarang untuk burung betina dan anak-anaknya.
|
Burung jantan akan bersaing ataupun berlawan antara satu sama lain untuk mendapatkan burung betina. Mereka akan menggunakan paruh untuk berlawan bagi menunjukkan dominasi masing-masing. Burung kenyalang akan mengawan setahun sekali. Burung betina dan jantan akan mengambil lumpur bersama-sama untuk menutupi lubang sarang. Apabila, burung betina ingin bertelur, burung tersebut akan masuk melalui lubang yang kecil itu dan akan bertelur di dalam sarang.
Tujuan mengambil lumpur untuk menutup bukaan masuk ke dalam sarang adalah bagi melindungi burung betina dan anak-anaknya. Ia akan menutup lubang pokok sehingga bersaiz kecil yang hanya muat bagi burung jantan memberi makanan kepada burung betina dan anaknya. Burung betina akan membuang najis keluar melalui lubang tersebut juga. |
Burung betina akan tertelur sebanyak satu hingga 2 biji pada setiap kali bagi spesies yang besar. Manakala burung betina yang spesies kecil kadang-kala akan bertelur sehingga 7 biji. Tempoh bagi burung betina mengeram selama 38 hingga 40 hari sebelum menetas.
Setelah telur tersebut menetas, burung betina akan tinggal di dalam sarang bersama anak-anaknya selama 5 minggu untuk menjaganya. Setelah 5 minggu, burung betina dan burung jantan akan mencari makanan bersama-sama untuk anak mereka selama 2 minggu. Apabila pertama kali anak-anak keluar dari sarang tersebut, burung jantan dan betina tetap akan mencari makanan untuk anak-anak sehingga berumur 15 minggu. Setelah 15 minggu, anak burung akan mula mencari makanan sendiri.

Video berikut merupakan keadaan di dalam sarang semasa burung jantan dan betina menjaga anaknya.
Sumber:http://youtu.be/Xc1_u_LO3XM
Sumber:http://youtu.be/Xc1_u_LO3XM