ISU-ISU SEMASA
Orang ramai diminta jauhi sarang baharu burung Kenyalang di Kem Piasau
MIRI 30 Oktober 2013 Jimmy dan pasangan barunya Juliet sedang membina sarang untuk melahirkan anak pada kali pertama. Oleh itu, orang ramai dinasihati jangan berdekatan dengan pokok tersebut kerana akan menyebabkan Juliet takut dan akan bertelur di tempat lain.
Sebelum ini, Jimmy dan pasangannya Faridah telah menghasilkan 56 keturunan sejak 2005 namun banyak yang tidak kekal hidup kerana diburu atau menghadapi masalah yang lain. Faridah telah dibunuh oleh orang yang tidak bertanggungjawab baru-baru ini. Selanjutnya:http://www.utusansarawakonline.com/news/7500/Orang-ramai-diminta-jauhi-sarang-baharu-burung-Kenyalang-di-Kem-Piasau/ |
Kem Piasau Miri mampu tarik pelancong
MIRI 3 Jun 2013 Miri membangunkan Kem Piasau Miri sebagai kawasan pemuliharaan bagi lapan spesies burung kenyalang. Kem tersebut dipercayai mampu menarik kedatangan pelancong samada dari dalam dan luar negara pada masa hadapan.
Sejak tahun 2004, Sarawak Forestry Corporation (SFC) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), MNS dan komuniti setempat mendapati wujudnya populasi burung kenyalang di kem tersebut. Hasil daripada kajian pelbagai pihak menunjukkan bahawa kem Piasau merupakan habitat kepada 41 spesies burung termasuk dua spesies burung kenyalang ialah Oriental Pied Hornbill dan Wrinkled Hornbill, 25 spesies mamalia, 10 spesies rama-rama dan lima spesies amfibia. Selanjutnya:http://www.sarawak.gov.my/ms/media-centre/in-the-news/view/kem-piasau-miri-mampu-tarik-pelancong |
Anggota tentera sembelih burung enggang digantung tugas
SHAH ALAM 3 April 2011 Seorang pegawai dan empat anggota tentera telah digantung tugas mengikut Akta Angkatan Tentera 1972 kerana menyembelih seekor burung enggang di Taman Negeri Royal Belum di Gerik, Perak.
Berdasarkan siasatan, ada pemburu lain yang menembak burung tersebut sehingga jatuh. Mereka tidak menyelamat burung tersebut, malah menyembelihnya. Perbuatan membunuh dan menangkap burung kenyalang memang salah di sisi undang-undang kerana burung tersebut adalah burung terpelihara. Ramai pihak termasuk Persatuan Pencinta Alam membantah tindakan tentera itu. Selanjutnya:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0403&pub= Utusan_Malaysia& sec=Terkini&pg=bt_14.htm |